suria

Harga runcit petrol: RON95 kekal, RON97 naik 2 sen... diesel turun 1 sen

RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter, manakala RON97 naik dua sen dan diesel turun satu sen.

HARGA runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter, manakala RON97 naik dua sen dan diesel turun satu sen berkuat kuasa tengah malam ini hingga 6 Mac ini.

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga runcit RON97 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing RM2.40 dan RM2.13 seliter.

Susulan pengekalan harga runcit petrol RON95, kementerian itu memaklumkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak sebanyak RM6.12 juta bagi tempoh seminggu bermula 29 Feb hingga 6 Mac ini. - BERNAMA.

harga minyak, diesel

Artikel Lain