suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhyiddin terima sokongan 3 blok terbesar Ahli Parlimen

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PENCALONAN ke atas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan menerima sokongan tiga blok terbesar Ahli Parlimen (MP).

Sehingga kini, 96 MP termasuk dari Bersatu, Barisan Nasional dan Pas bersetuju mencadangkan nama Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu dan Muafakat Nasional calonkan Muhyiddin sebagai PM ke-8

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin politik berkumpul di rumah Muhyiddin, Zuraida hanya angkat ibu jari

Dipercayai parti pemerintah Sabah dan Sarawak, Parti Warisan Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai sembilan dan 18 MP bakal memberikan sokongan sama.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal misalnya, turut kelihatan di kediaman Muhyiddin pada Jumaat malam.

Ia susulan kenyataan Istana pada hari sama yang menyatakan tiada seorang pun MP yang mempunyai majoriti untuk menjadi perdana menteri pada masa ini.

Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 112 undi daripada 222 MP untuk meraih majoriti mudah. - The Star.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia