Selepas bertemu pemimpin PH, Tun M yakin dapat sokongan majoriti jadi calon PM ke-8, tetap tolak Umno - Semasa | mStar

Selepas bertemu pemimpin PH, Tun M yakin dapat sokongan majoriti jadi calon PM ke-8, tetap tolak Umno

Dr Mahathir menjalankan mesyuarat dengan pemimpin Pakatan Harapan pada pagi ini. fotoBERNAMA.

PERDANA Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui yakin sudah memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri kelapan.

Menurut Dr Mahathir, keputusan itu dicapai selepas dia mengadakan mesyuarat bersama pemimpin Pakatan Harapan pada pagi Sabtu.

Malah katanya, ketetapan itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong lantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu dan Muafakat Nasional calonkan Muhyiddin sebagai PM ke-8

Menerusi kenyataan yang diedarkan pagi ini, Dr Mahathir turut mengulangi pendirian enggan bekerjasama dengan pemimpin politik yang terlibat dengan amalan rasuah.

Dr Mahathir turut memperincikan perjalanan mesyuarat yang melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Jumaat.

"Saya telah menyampaikan hal ini kepada Ahli Parlimen Bersatu sewaktu mesyuarat semalam. Saya tidak menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyokong mana-mana individu.

"Malah saya meninggalkan mesyuarat lebih awal untuk memberikan ruang kepada mereka berbincang dan memilih siapa yang sesuai menjadi perdana menteri.

"Seperti saya nyatakan sebelum ini, saya tidak sedia bekerjsama dengan mereka yang korup dari Umno. Saya boleh terima mereka secara individu jika boleh buktikan bersih rasuah," ujarnya.

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain