Program Sarapan Percuma hanya untuk pelajar kurang mampu, tak adil jika pelajar kaya juga dapat

Kerajaan akan teruskan Program Sarapan Pagi (PSP) tetapi akan menumpukan kepada pelajar dari keluarga yang kurang mampu.

"KITA akan teruskan Program Sarapan Percuma (PSP) yang ada sekarang, tetapi akan tertumpu pada mereka (pelajar) yang kurang mampu," demikian kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Dr Mahathir, adalah tidak adil untuk turut menyediakan bantuan itu kepada anak daripada golongan berada.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan

"Jika yang ada duit, kaya, yang makan di rumah banyak pun dapat, itu tak adil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur Tenaga Nasional Berhad di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Dr Mahathir berkata penerima manfaat program itu akan ditambah dari masa ke semasa.

Kementerian Pendidikan sebelum ini menyatakan PSP fasa pertama 2020 akan bermula 20 Januari ini membabitkan 37,000 murid dari 100 sekolah di seluruh negara, dengan anggaran kos RM22 juta.

Ia menggunakan menu makanan berkonsepkan Grab ‘n’ Go terdiri daripada menu minuman produk tenusu atau minuman berkhasiat dan makanan ringkas seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih, sandwic, buah-buahan atau telur rebus. - BERNAMA

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain