Kementerian Pendidikan tak pernah halang perayaan Ponggal di sekolah - Semasa | mStar

Kementerian Pendidikan tak pernah halang perayaan Ponggal di sekolah

Ponggal atau pesta menuai merupakan perayaan utama masyarakat India khususnya bagi golongan petani, dan jatuh pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.

KEMENTERIAN Pendidikan tidak pernah menghalang perayaan Ponggal diadakan di sekolah.

Kementerian itu dalam kenyataan pada Rabu menyatakan ia menggalakkan penyertaan warga sekolah dalam semua aktiviti silang budaya dalam usaha menyemai semangat toleransi, persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Kementerian Pendidikan menyedari bahawa sekolah adalah tempat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Budaya dan adat resam antara kaum perlu diketahui, difahami dan dihormati oleh semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru-guru dan murid-murid,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut merujuk kepada surat KPM bernombor rujukan KPM. 100-1/3/2 (64) bertarikh 13 Januari 2020.

“Surat ini dikeluarkan bagi mengurangkan kebimbangan pihak ibu bapa murid beragama Islam dalam penglibatan anak-anak mereka semasa sambutan perayaan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Pendidikan menjelaskan surat tersebut mengambil kira pendirian dan garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kementerian juga mengingatkan pihak sekolah agar mematuhi peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa jika berhasrat untuk mengadakan sambutan perayaan yang tertentu di sekolah.

Sementara itu, Jakim dalam kenyataan berasingan menyatakan Panel Pakar Syariah Jakim juga berpandangan adalah harus untuk orang islam mengucapkan selamat kepada rakan dan jiran yang menyambut perayaan tersebut.

Ponggal atau pesta menuai merupakan perayaan utama masyarakat India khususnya bagi golongan petani, dan jatuh pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil. - BERNAMA

Ponggal , sekolah , perayaan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain