Anwar mahu peralihan kuasa berlaku dengan aman, teratur - “Sebaiknya ia dibuat dengan cara baik” - Semasa | mStar

Anwar mahu peralihan kuasa berlaku dengan aman, teratur - “Sebaiknya ia dibuat dengan cara baik”

Anwar mahu peralihan kuasa mendapat persetujuan dan muafakat daripada semua parti dalam gabungan Pakatan Harapan. FOTO: ZULAZHAR SHEBLEE / The Star.

PROSES berkaitan transisi atau peralihan kuasa perdana menteri haruslah dilakukan secara aman dan teratur, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu juga haruslah mendapat persetujuan dan muafakat daripada semua parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi menghormati Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang berjasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur” - Dr Mahathir

“Peralihan kuasa harus dilakukan dengan baik, (kerana) Tun Mahathir mempunyai banyak pengalaman dan jasa (kepada negara). Kita (PH) juga ada muafakat dan janji (yang dipersetujui), jadi sebaiknya ia dibuat dengan cara baik.

“Saya tidak setuju dengan proses itu (peralihan kuasa) jika ia tidak (dilakukan) dengan cara aman dan teratur,” katanya kepada pemberita selepas berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis di kawasan Pimping, Membakut, Sabah pada Selasa malam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai cadangan beberapa Ahli Parlimen PKR agar peralihan kuasa perdana menteri dibuat pada Mei tahun ini.

Pada Selasa media melaporkan bahawa Dr Mahathir sedia melepaskan jawatannya jika itu keputusan yang dimahukan Majlis Presiden PH.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan wujud komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan imej Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya dan suruhanjaya itu, Anwar berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Saya tidak tahu butirannya (laporan) tetapi mereka tidak sepatutnya memusnahkan kehidupan peribadinya,” katanya.

SPRM hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa individu termasuk peguam yang didakwa menjadi dalang dalam komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan imej suruhanjaya itu dan Latheefa.- BERNAMA.

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain