suria

Rosmah, Ku Nan akan didakwa di mahkamah sama

KUALA LUMPUR: Empat individu profil tinggi yang dituduh terlibat dengan rasuah akan didakwa di tiga mahkamah berasingan.

Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 14 pada Khamis.

Bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor pula akan didakwa di Mahkamah Sesyen 8 sementara pemaju, Datuk Tan Eng Boon akan didakwa di Mahkamah Sesyen 9.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosmah, Ku Nan tiba di mahkamah

Rosmah dan Rizal dikatakan menghadapi enam pertuduhan yang melibatkan nilai RM6.5 juta, yang berkaitan dengan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagi Tengku Adnan pula, beliau dikatakan menghadapi beberapa pertuduhan yang berkaitan dengan tawaran tanah yang diragui milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau telah disoal siasat oleh SPRM sebanyak 12 kali.

Pasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyiasat 97 transaksi bernilai RM5.63 bilion, melibatkan 273.27 hektar kawasan milik DBKL.

Eng Boon pula dikatakan turut menghadapi tuduhan sama seperti Tengku Adnan.

Rosmah Mansor, Tengku Adnan

Artikel Berikut

Rosmah, Ku Nan tiba di mahkamah

Artikel Lain