suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datuk didakwa rogol cucu sembilan tahun

Gambar hiasan.

KUANTAN: Seorang datuk berusia 58 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Khamis atas tuduhan merogol cucunya, Ogos lalu.

Tertuduh yang berasal dari Bachok, Kelantan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali sebaik sahaja pertuduhan ke atasnya dibacakan.

Dia didakwa merogol cucunya yang berumur sembilan tahun pada Ogos lalu di ruang tamu sebuah rumah di Jaya Gading, di sini.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat sekurang-kurangnya 10 kali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh ditangkap pada 2 November lalu selepas ibu kepada mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari tidak menawarkan jaminan dan tertuduh juga tidak mengemukakan sebarang rayuan.

Siti Aminah membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan kes disebut semula pada 19 Dis depan. - BERNAMA

rogol, cucu, datuk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain