suria

CEO Cradle Fund terima ugutan bunuh sebelum dibunuh

Nazrin Hassan.

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan menerima ugutan bunuh tiga bulan sebelum beliau dibunuh, lapor sebuah portal berita.

The Malaysian Insight melaporkan, Nazrin menerima panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali yang mengugut akan membunuhnya.

Portal itu melaporkan Nazrin menganggap ugutan itu serius dan telah membuat laporan polis.

Polis kemudian mengesan panggilan telefon itu dibuat oleh saudara terdekatnya.

Sumber berkata apabila Nazrin dimaklumkan tentang perkara itu, beliau menarik balik laporan berkenaan.

Nazrin, 45, maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, kira-kira pukul 12.20 tengah hari, 14 Jun lalu.

Kematiannya kemudian diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Nazrin Hassan, Cradle Fund

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tugas berat menanti Anwar

Artikel Lain