suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mekanisme bayaran balik PTPTN diumum bulan depan

Wan Saiful Wan Jan.

IPOH: Mekanisme pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diumumkan pada Disember depan.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata mereka masih merancang kaedah terbaik bagi peminjam untuk membayar balik pinjaman tanpa membebankan mereka.

"Sebaik sahaja pembentangan Belanjawan 2019, ada beberapa perkara berkaitan PTPTN.

"Kami sedang menunggu maklumat dan dasar yang boleh digunakan dalam perancangan kami.

"Kami juga akan mengadakan pertemuan dengan orang ramai untuk mendapat maklum balas mereka bulan depan," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Seminar Pemberdayaan Integriti peringkat negeri di sini pada Khamis.

Mengenai protes pelajar di hadapan bangunan Parlimen pada Rabu lalu, Wan Saiful berkata kerajaan telah menerima memorandum mereka.

Namun katanya, kerajaan tetap dengan keputusan bahawa peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan juga perlu melunaskan pinjaman itu tanpa ada sebarang pengecualian.

PTPTN

Artikel Sebelum

Rosmah, Ku Nan tiba di mahkamah

Artikel Berikut

Artikel Lain