suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesyuarat MT Umno: Muhyiddin, Shafie Apdal Disambut Meriah

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pukul 2.30 petang bagi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang berlangsung petang Rabu.

Seperti dijangka, kehadiran bekas timbalan perdana menteri itu disambut dengan sorakan dan tepukan penyokongnya.

Muhyiddin yang berbaju batik berwarna hitam dilihat memasuki bangunan tersebut dalam keadaan tenang.

Beberapa minit kemudian, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut tiba di bangunan tersebut disusuli Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada pukul 2.50 petang.

Ketiga-tiga pemimpin itu disambut meriah penyokong yang berada di perkarangan bangunan tersebut sejak pukul 2 petang lagi.

Berbeza dengan ketiga-tiga pemimpin itu, ketibaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein sekadar disambut hambar.

MT Umno, PWTC

Artikel Lain