suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Jenazah Mastura Yang Pertama Diturunkan Dari Pesawat

SEPANG: Jenazah pramugari, Mastura Mustafa merupakan yang pertama akan diturunkan dari pesawat pada Majlis  Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH di Kompleks Bunga Raya  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, urusan menurunkan  20 jenazah yang akan tiba dari Amsterdam telah ditetapkan mengikut urutan.

"Daripada apa yang kita lihat melalui istiadat raptai dan mesyuarat yang diadakan tadi, kita yakin segala persiapan telah dilakukan secara rapi dan kita sudah bersedia menyambut ketibaan jenazah esok (Jumaat).

"Seperti yang dijanjikan, kita mengumumkan senarai 20 jenazah yang akan dibawa pulang dari Amsterdam dan dijangka akan tiba di Kuala Lumpur pagi esok,” tambahnya pada sidang media pada Khamis.

Jenazah-jenazah akan diterbangkan dari Amsterdam melalui penerbangan pukul 9.15 malam Khamis (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pukul 9.45 pagi.

Senarai jenazah yang akan diterima (mengikut turutan) pada majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17.

MH17, MAS

Artikel Lain