suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Jenazah Pramugari, Mastura Mustafa Dikebumi Di Paroi

SEREMBAN: Jenazah pramugari Malaysia Airlines, Mastura Mustafa yang merupakan antara mangsa pesawat MH17 akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paroi pada Jumaat.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa setelah selesai Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan selepas solat Jumaat. Selepas itu jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan," katanya.

Beliau berkata beliau akan hadir di KLIA dan seterusnya mengiringi jenazah Mastura ke Seremban.

Sebanyak 20 jenazah warga Malaysia (11 beragama Islam, sembilan bukan beragama Islam) yang menjadi mangsa nahas MH17 akan dibawa pulang dari Amsterdam dan dijangka tiba di KLIA pada pukul 10 pagi.

Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal apabila ia ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai. 


MH17, MAS

Artikel Lain