suria

Khalid Enggan Hadir Pertemuan Dengan Jawatankuasa Disiplin PKR

Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM: Tan Sri Khalid Ibrahim kelihatan marah dan menyatakan tidak akan hadir pada pertemuan dengan jawatankuasa disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

Menteri Besar berkata beliau tidak suka cara PKR melayannya dalam isu tersebut.

Sebaliknya Khalid berkata, beliau akan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan ke atasnya melalui sepucuk surat. Namun enggan mendedahkan isi kandungan surat tersebut.

"Saya akan memaklumkan kepada anda semua apa isi kandungan surat ini selepas saya serahkan kepada Jawatankuasa Disiplin," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Solat Hajat di kediaman rasmi Menteri Besar malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Khalid telah diarahkan hadir pada sesi pendengaran yang akan diadakan pada pukul 3 petang di ibu pejabat PKR, Pada Jumaat.

Sebaliknya, Menteri Besar Selangor itu telah memutuskan untuk tidak hadir pada pertemuan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Datuk Dr Tan Kee Kwong memberitahu, Khalid telah diarahkan untuk hadir sesi pendengaran pada pukul 3 petang, di ibu pejabat PKR.

Sebaliknya, jika Khalid sibuk beliau juga boleh hadir sesi pendengaran pada keesokan harinya. 


MB Selangor, Khalid Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Lain