suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN, MCA Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri - Liow

Liow Tiong Lai.

SHAH ALAM: Barisan Nasional dan MCA bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri dalam tempoh terdekat, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Anwar (Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat juga telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri.

"Kami juga bersedia," kata Liow selepas berkunjung ke rumah terbuka Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Khamis.

Beliau berkata, apa yang terjadi merupakan refleksi kepada ketidakmampuan PKR, DAP dan PAS untuk bekerjasama.

Mengikut undang-undang PAS mempunyai kelebihan dalam menentukan siapa calon yang layak menjadi Menteri Besar. 

Menurut Liow, peluang tersebut agak membimbangkan apabila kerana PAS mungkin mempunyai niat untuk melaksanakan hudud.

pilihan raya negeri, MCA, BN

Artikel Lain