suria

Prof Reg Jordan Bawa Pulang Mayat Dua Pelajar Ke UK

Prof Reg Jordan.
KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan Newcastle University, United Kingdom (UK) Prof Reg Jordan berkata beliau bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membawa pulang mayat kedua-dua pelajar warga Britain yang mati ditikam pada awal pagi Selasa ke UK.

Beliau berkata keutamaan sekarang ialah membantu keluarga mangsa dan memastikan mayat kedua-dua pelajar dibawa pulang ke UK dengan secepat mungkin.
 
"Kami memberi apa sahaja bantuan yang boleh dalam menghadapi keadaan yang tragik ini," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Jordan berkata Aidan Brunger dan Neil Dalton, melakukan apa yang beribu-ribu pelajar perubatan lakukan setiap tahun dengan menimba pengalaman dan ilmu perubatan yang berharga di seberang laut.
 
"Kedua-dua mereka merupakan pelajar cemerlang dan komited serta mempunyai potensi dan kehilangan mereka akan dirasai oleh semua orang di sekolah perubatan. Seluruh universiti berkabung atas kematian mereka," kata beliau.

Mangsa, berumur 22 dan 23 tahun, dijumpai terbaring di atas jalan raya dengan jarak kira-kira 20 meter antara satu sama lain di Jalan Abell, Padungan di sini pada 4 pagi, Selasa.

Mayat kedua-dua pelajar telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak.

Setakat ini, empat suspek ditahan untuk membantu siasatan terhadap kejadian berkenaan.
MH17, MAS

Artikel Berikut

Artikel Lain