suria

Mekanik Sekali Lagi Didakwa Atas Tuduhan Membunuh Ibu Tunggal

Mohd Afizi Abdul Rahman dikawal ketat setiba di Mahkamah Sesyen Jalan Duta atas pertuduhan cubaan membunuh seorang ibu tunggal dan dua anak minggu lepas.

KUALA LUMPUR: Seorang mekanik yang sebelum ini didakwa terhadap tiga pertuduhan cubaan membunuh dengan membakar ibu tunggal dan dua anaknya, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh wanita itu.

Mohd Afizi Abdul Rahman, 26, dihadapkan atas tuduhan membunuh berikutan kematian Saliza Saidin, 29, pada 1 Feb lalu selepas 12 hari dirawat di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mohd Afizi didakwa membunuh Saliza, yang merupakan teman wanitanya, di sebuah rumah di Perumahan Projek Rakyat Desa Rejang, Setapak Jaya, Sentul dekat sini antara 1 pagi dan 1.30 pagi, 21 Jan lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pekerja di sebuah kedai basikal itu hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mahkamah menetapkan 21 April depan untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia dan laporan forensik.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 29 Jan lepas, Mohd Afizi didakwa di Mahkamah Sesyen terhadap tiga pertuduhan cubaan membunuh dengan cara membakar Saliza dan dua anaknya iaitu Nur Iris Qalisya, berusia satu tahun tiga bulan dan bayi Nur Fazana, berusia dua bulan. BERNAMA

Artikel Lain