suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

APMM Tahan 13 Warga Asing Cuba Seludup Keluar Dari Malaysia

ALOR GAJAH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 13 warga Indonesia termasuk tekong dan pembantu bot yang dipercayai cuba menyeludup keluar dari negara ini ke Sumatera, Indonesia kira-kira tujuh batu nautika dari Tanjung Sepat, Selangor, malam Ahad.

Pengarah Operasi APMM Daerah Kuala Linggi, Komander Maritim V. Pannir Selvan Veloo berkata, kesemua mereka terdiri daripada lapan lelaki, tiga wanita serta seorang kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan.

Anggota kumpulan itu berusia antara setahun hingga 55 tahun.

Beliau berkata, dalam kejadian pada 11.20 malam itu, bot APMM telah memintas sebuah bot pancung yang mencurigakan sebelum mengarahkan mereka berhenti.

"Bot pancung yang dikemudi seorang tekong dan pembantunya berusia 40-an itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan pihak APMM," katanya dalam sidang akhbar di sini, Isnin.

Katanya, tekong dan pembantu bot pancung itu disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 manakala 11 penumpang terbabit ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana meninggalkan Malaysia tanpa melalui jalan sah. - BERNAMA

Artikel Lain