Belum Pasti PRK Balingian Diadakan Atau Tidak - Muhyiddin - Semasa | mStar

Belum Pasti PRK Balingian Diadakan Atau Tidak - Muhyiddin

LUNDU (Sarawak): Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ura-ura pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian belum dapat dipastikan biarpun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah mengumumkan akan berundur akhir bulan ini.

"Kita tidak tahu ada atau tidak (PRK DUN Balingian) ...jangan nak 'jump the gun' (mudah buat kesimpulan)," katanya dalam sidang media di Masjid Darul Taqwa di sini, Jumaat.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa PRK DUN Balingian mungkin diadakan serentak dengan PRK DUN Kajang di Selangor pada 23 Mac ini.

"Itu urusan SPR..kita tidak boleh campur urusan SPR," katanya.

Pada Rabu lepas, Taib yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Balingian mengumumkan akan berundur sebagai Ketua Menteri berkuatkuasa 28 Februari ini.

Jika beliau mengosongkan kerusi DUN Balingian sebelum 21 Jun depan, pilihan raya kecil perlu diadakan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

BN Selangor Bawa Usul Isu PKNS Ke Sidang DUN

Artikel Berkaitan

Empat Beranak Tentera Maut Kemalangan

Artikel Lain