suria

Pejabat Mufti Selangor Edar Risalah 'Hukum Hari Kekasih'

Pelajar sekolah membaca risalah penerangan Hukum Sambutan Hari Kekasih yang diedarkan kepada mereka oleh Pejabat Mufti Selangor, di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam pada Khamis. Usaha ini adalah satu inisiatif Pejabat Mufti Selangor untuk menyedarkan masyarakat Islam dan memberi penerangan bahawa Hari Kekasih adalah perayaan yang mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan agama Islam. -fotoBERNAMA

KUALA SELANGOR: Pejabat Mufti Selangor mengagihkan ribuan risalah berwarna merah jambu bertujuan menasihati belia Islam mengenai kesan buruk sambutan Hari Kekasih.

"Belia menyambut baik mengenai kempen ini dan mereka bersetuju dengan apa yang dinyatakan dalam ketetapan Majlis Fatwa negeri," kata Penolong Ketua jabatan mufti Selangor, Mat Jais Kamos.

Majlis Fatwa menyatakan bahawa amalan menyambut Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan dengan itu umat Islam dilarang daripada menyambutnya.

Mat Jais dan pasukan mengedarkan risalah bertajuk 'Hukum Hari Kekasih' kepada lebih daripada 500 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam, Shah Alam.

Risalah itu menyatakan bahawa sambutan berkenaan adalah bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa negeri.

"Ini adalah hari kedua kami selepas menyampaikan risalah kepada pelajar-pelajar SMK Seksyen 9, dan setakat ini semuanya berjalan dengan baik ," kata Mat Jais sambil menambah bahawa ini adalah kali pertama jabatan itu menjalankan kempen tersebut.

Mat Jais berkata, jabatan mufti turut akan melakukan pameran bergerak yang sama di beberapa institusi pengajian tinggi di Selangor.

Artikel Sebelum

Zaid Mungkin Tanding Di Kajang

Artikel Lain