suria

Lelaki Hilang Di Hutan Selepas Putus Cinta

SANDAKAN: Polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dilapor hilang di kawasan hutan Batu 6 dekat sini dalam kejadian malam Rabu.

Ketua Polis Sandakan, ACP Rowell Marong berkata, operasi itu yang dimulakan pada pukul 10.13 malam dihentikan kira-kira sejam kemudian dan bersambung semula pagi Khamis, membabitkan polis dan bomba.

Lelaki yang dikenali sebagai Tang Weng Liang, 30-an, dipercayai melarikan diri ke dalam kawasan hutan itu untuk membunuh diri selepas putus cinta dengan teman wanitanya, kata Rowell kepada pemberita selepas perhimpunan bulan polis Sandakan, di sini Khamis.

Katanya, polis menerima laporan kehilangan Tang daripada keluarganya pada pukul 7 malam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Mungkin Tanding Di Kajang

Artikel Lain