Pembangkang Gesa Beku Kenaikan Insurans Kereta - Semasa | mStar

Pembangkang Gesa Beku Kenaikan Insurans Kereta

Mohd Rafizi
Mohd Rafizi

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan membekukan pelarasan kadar baharu insurans kenderaan yang dijangka akan berkuat kuasa 15 Februari ini.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli (gambar) berkata, kenaikan kadar premium insurans akan meningkatkan lagi bebanan rakyat khususnya ketika peningkatan pelbagai kos lain.

"Saya menyeru supaya kerajaan mengeluarkan arahan segera agar kenaikan kadar premium insuran kereta dibekukan serta-merta dengan mengambil kira kesusahan rakyat sekarang.

"Sudah tentu jika kenaikan premium insuran kereta ini diteruskan juga, ia akan menjadi salah satu dari isu yang akan dibawa di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang nanti," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Media pada Khamis melaporkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, keatas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.

Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.

Difahamkan, BNM telah pun menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) minggu lalu.

Artikel Sebelum

Pelajar 14 Tahun Tertelan Jarum Peniti

Artikel Berikut

Penduduk Pasir Mas Rasai Pengalaman Kesejukan

Artikel Berkaitan

default image

Rumah Di Lembah Klang Masih Mampu Dimiliki

Lebih Artikel