suria

46,000 Imbasan MRI Dan CT Hilang Selepas Naik Taraf Sistem

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 46,000 imej daripada jutaan dirakamkan untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) terjejas berikutan masalah teknikal yang berlaku semasa naik taraf sistem.

Pengarah PPUM, Prof Datuk Dr Ikram Shah Ismail berkata, masalah itu berlaku apabila beberapa imej tidak "disalin dengan betul" semasa naik taraf dan tidak dapat diperoleh semula kerana cakera keras untuk gantian sistem pengimejan baru rosak.

Imej-imej yang terjejas ialah rakaman yang diambil dari tahun 2011 sehingga pertengahan tahun lepas.

"Kami dalam proses menyalin imej yang dirakamkan dalam tempoh 10 tahun tetapi malangnya beberapa imej tidak disalin dengan betul dan tidak boleh diperoleh semula kerana cakera keras gantian telah rosak," katanya.

Bagaimanapun, Dr Ikram Shah memberi jaminan bahawa imej-imej dari imbasan magnetik resonan (MRI) sehingga ke imbasan Tomografi Berkomputer (CT), yang hanya kira-kira 0.2% daripada jumlah "ratusan juta imej" diambil sepanjang satu dekad lalu, sambil menambah bahawa masalah itu berlaku selepas Krismas tahun lepas.

Beliau berkata, walaupun imej itu terjejas, laporan bagi setiap kes masih ada dan ini akan membantu doktor memerlukan maklumat yang berkaitan.

"Ini adalah imej-imej lama dan setakat ini, tidak ada permintaan daripada doktor untuk gambar-gambar itu," katanya.

PPUM, katanya, kini mewujudkan dua sistem gantian untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku lagi.

Beliau berkata, keseluruhan projek itu melibatkan kos beberapa juta ringgit dan dipilih kerana ia adalah lebih canggih daripada yang sebelumnya.

"Setiap kajian (ke atas pesakit) boleh memerlukan 50 hingga 100 imej untuk dirakamkan, hanya untuk mengetahui apa yang tidak kena," katanya pada Selasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain