suria

Australia Beri Dua Bot Kastam Kepada Malaysia

SYDNEY: Kerajaan Australia akan memberikan Malaysia dua bot kastam sebagai hadiah yang merupakan sebahagian daripada strategi untuk menangani kes penyeludupan manusia di rantau ini.

Kapal Kelas Bay yang akan diberikan Australia dijadual diserahkan pada pertengahan 2015.

Menteri Imigresennya, Scott Morrison berkata pemberian itu merupakan langkah strategi operasi praktikal untuk membendung jenayah pemerdagangan manusia.

Kebanyakan pemohon bot suaka Australia melakukan perjalanan tidak menentu dari Indonesia.

Bagaimanapun Malaysia digunakan sebagai negara transit untuk mengangkut rakyat negara itu melalui sempadan Thai- Malaysia ke Sumatera di Selat Melaka.

"Malaysia adalah rakan kongsi utama dalam usaha serantau dan dua hala terhadap penyeludupan manusia, jadi pemberian ini penting untuk penggunaan berterusan oleh negara transit," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain