Operasi Banteras Jenayah Berat Selepas POCA 2013 Dikuatkuasa - KPN - Semasa | mStar

Operasi Banteras Jenayah Berat Selepas POCA 2013 Dikuatkuasa - KPN

KUALA TERENGGANU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan operasi membanteras jenayah terancang dan berat selepas Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dan dikuatkuasakan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata menerusi akta itu, polis diberi lebih kuasa untuk memeriksa dan menangkap penjenayah.

"Kita (polis) akan laksanakan (operasi) dengan tindakan-tindakan yang diberi kuasa kepada kita oleh POCA," katanya kepada pemberita selepas majlis Bicara Tokoh mengenai isu keselamatan negara daripada perspektif PDRM di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini Rabu.

Pada 28 Januari lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata POCA 2012 akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat.

Katanya antara pindaan yang diperuntukkan dalam POCA ialah ia diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, tempoh tahanan siasatan dikurangkan daripada 71 hari kepada 60 hari serta Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah diguna pakai.

Selain itu POCA juga menguatkuasakan penggunaan alat pemantauan elektronik (EMD), penubuhan Lembaga Pencegahan Jenayah, perlindungan saksi, syarat pengawasan lebih ketat dan 'sunset clause' iaitu akta ini akan dikaji semula setiap lima tahun, kata Ahmad Zahid.

POCA menyasarkan golongan penjenayah terancang dan jenayah berat dengan ada peruntukan untuk tahanan tanpa bicara sebagaimana yang pernah diperuntukkan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 yang telah dimansuhkan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain