suria

Dua Penuntut Kolej Swasta Dipercayai Pengedar Dadah Ditahan

KUANTAN: Polis menahan dua penuntut kolej swasta yang dipercayai pengedar dadah dalam sekatan jalan di Sungai Ruan, Raub, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata pemeriksaan ke atas kereta dinaiki dua suspek itu, polis menemui satu bekas berisi daun kering dan satu plastik mengandungi ketulan mampat dipercayai ganja seberat 20.6 gram.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis ganja bagaimanapun kedua-duanya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.

Kedua-dua suspek berusia 20-an itu merupakan penuntut tahun akhir di dua buah kolej swasta di Raub dan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang tiga sebatan tetapi tidak melebihi sembilan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.

Katanya, orang ramai boleh melaporkan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dengan menghubungi hotline IPD Raub di 09-3554999. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain