suria

Bapa Kelar Anak Sehingga Mati Cuba Bunuh Diri - Polis

BANGI: Lelaki yang didakwa membunuh anak perempuan berusia tujuh tahun dan menyebabkan dua lagi anaknya cedera parah dua dalam satu kejadian amuk kemudiannya cuba untuk membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, darah mengalir keluar dari kepala dan tangan lelaki itu ketika ditemui polis tidak lama selepas kejadian berlaku, kira-kira 300 meter dari rumahnya di Bandar Baru Bangi.

"Kami juga menemui batu yang berlumuran dengan darah dan kami percaya dia cuba untuk membunuh diri dengan memukul dirinya dengan batu," katanya.

Beliau berkata, lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod penyakit mental, dia tidak menunjukkan sebarang emosi berlebihan berhubung tindakannya.

"Dia dirawat di Hospital Kajang dan dia mampu untuk bercakap tetapi setakat ini tiada emosi dari dia," katanya ketika ditemui di majlis pengebumian budak berusia tujuh tahun di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas pada Jumaat.

Lelaki itu ditahan reman sehingga 2 Februari.

Abdul Rashid berkata, kedua-dua adik-beradik yang cedera, berumur 10 dan 12 tahun, kini berada dalam keadaan stabil.

"Salah seornag adik perempuan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur dengan ibu jari kirinya terputus dalam kejadian itu dan kita tidak dapat memasangnya kembali.

"Adik perempuan lain, yang mempunyai kecederaan belakang kepalanya, berada di Hospital Kajang," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain