suria

Status Saman AES Diketahui Secepat Mungkin

PUTRAJAYA: Orang ramai yang bimbang terhadap saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dibekukan sebelum ini perlu menunggu sehingga laporan audit diselesaikan.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kabinet kini sedang berbincang sama ada status saman AES yang dibekukan perlu dibayar atau tidak dan keputusan itu dijangka diketahui sebelum 18 September tahun ini.

Beliau yang tidak menyatakan tarikh sebenar audit itu akan disiapkan bagaimanapun memberitahu ia akan diselesaikan secepat mungkin.

"Dalam pengambilan (penguatkuasaan dan operasi AES oleh kerajaan) saya menekankan bahawa satu audit telus mesti dihasilkan untuk masyarakat.

"Dengan ini, rakyat dapat tahu bahawa AES bukanlah satu keuntungan," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan di sini Isnin.

Pada 18 Disember tahun lalu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk membekukan semua prosiding di mahkamah melibatkan saman AES selepas ia mendapat bantahan pelbagai pihak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain