suria

Tan Teik Cheng Dilantik Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Bekas Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng dilantik sebagai timbalan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Dr Loh Hock Hun yang kini merupakan penasihat MCA Pulau Pinang bersama Datuk Koay Kar Huah.

Pengerusi Jawatakuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang, Datin Padukan Chew Mei Fun berkata, perlantikan bagi penggal 2013-2016 terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan muka baharu.

"Saya mengambil kira pengalaman, bakat, umur, kesediaan untuk berkerja dan yang penting ialah kombinasi pelbagai lapisan umur.

"Saya boleh katakan bahawa barisan ini adalah yang terbaik ketika ini walaupun saya tahu tiada apa yang sempurna dicapai setakat ini," katanya di Ibu Pejabat MCA di Jalan Pahang di sini.

Chew yang juga naib pengerusi MCA turut bertemu pengerusi bahagian negeri sebelum membuat pengumuman mengenai perlantikan tersebut.

Naib Pengerusi MCA Pulau Pinang ialah Goh Poh Chuan, Chuah Tee Sung, Tan Cheng Liang dan Loo Khay Thye manakala Ketua Wanita pula adalah Ooi Siew Kim. Lee Bee Seng dilantik sebagai Ketua Pemuda.

Artikel Sebelum

Tiga Lelaki Nyaris Maut Ditembak

Artikel Berikut

Artikel Lain