suria

Kerajaan Kaji Pengkorporatan Kastam - PM

Angota Kastam melafazkan ikrar ketika Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-32 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Universiti Teknologi Malaysia di Johor pada Ahad. -fotoBERNAMA
Angota Kastam melafazkan ikrar ketika Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-32 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Universiti Teknologi Malaysia di Johor pada Ahad. -fotoBERNAMA

JOHOR BARU: Kerajaan akan membuat kajian terperinci mengenai kesesuaian pengkorporatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kajian yang akan dibuat pada tahun ini dijangka mengambil masa tiga hingga empat bulan.

"Kajian menyeluruh akan dibuat selama tiga hingga empat bulan untuk melihat sama ada pengkorporatan itu dapat dilaksanakan atau tidak," katanya.

Kajian itu, katanya, akan turut meliputi pelbagai perkara termasuk isu kelayakan dan perjawatan anggota dan pegawai di dalam KDRM.

Najib berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-32 di Dewan Sultan Iskandar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, Ahad.

Perdana Menteri turut berkata, kerajaan menetapkan sasaran kutipan cukai sebanyak RM36 bilion oleh KDRM tahun ini.

Jumlah itu, kata beliau, adalah peningkatan sembilan peratus berbanding RM33.12 bilion yang dikutip KDRM tahun lalu.

"Jika jumlah itu dapat dicapai, kita boleh mempertimbangkan insentif khas kepada Kastam," katanya.

Mengenai persediaan KDRM bagi menghadapi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Najib berharap ia dapat dilakukan dengan teliti agar tidak menghadapi sebarang masalah.

Katanya, dalam pelaksanaan sesuatu sistem baharu sudah menjadi kebiasaan akan berlaku masalah dan oleh itu KDRM sebagai agensi hadapan dalam pelaksanaan GST, langkah perlu yang proaktif harus diambil bagi mengelakkannya.

Najib turut mengumumkan kejayaan KDRM menumpaskan penyeludupan dadah melibatkan 1,586.17kg berjumlah RM118 juta tahun lalu dan rampasan barangan seludup bernilai RM646.52mil dengan nilai cukai RM407.4juta. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Lelaki Nyaris Maut Ditembak

Artikel Berikut

Artikel Lain