suria

Pekerja Kilang Maut, Motosikal Langgar Kren Terbalik

Kren di sebelah kiri digunakan bagi mengangkat kren di sebelah kanan yang terbalik di atas Jalan Masjid. Seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar kren berkenaan pada Sabtu.

GEORGE TOWN: Seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bayan Lepas, dekat sini maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah kren yang terbalik di Jalan Masjid Negeri, di sini Sabtu.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada pukul 6.25 pagi itu, Che Fatimah Ishak, 50, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala

"Kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal dari Jalan Scotland menghala ke bulatan Gelugor, di sini tidak sempat mengelak lalu melanggar penghadang kren di tengah-tengah jalan.

"Kren itu dikatakan terbalik ketika sedang membuat kerja-kerja pembaikan tiang lampu jalan pada pukul 3.30 pagi tadi," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini untuk dibedah siasat, katanya.

Jurucakap itu berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat kemalangan itu atau mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata kemalangan itu juga telah menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua laluan Jalan Masjid Negeri. BERNAMA

Artikel Lain