suria

SPRM dan TI Siasat Isu Pemecatan Azmin - Khalid

Khalid Ibrahim
Khalid Ibrahim

KLANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International (TI) akan menjalankan siasatan terhadap isu pemecatan Mohamed Azmin Ali daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kedua-dua agensi itu merupakan badan integriti yang sesuai untuk melakukan siasatan.

Menurutnya, Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek yang ditukarkan ke Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri ketika ini tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana terikat dengan ektika pekerjaan.

Katanya, kedua-dua individu terbabit perlu menunggu sehingga selesai siasatan dijalankan.

Khalid selain itu turut menolak dakwaan bahawa kedua-dua pegawai kanan terbabit dijadikan 'kambing hitam' uttuk meredakan kekusutan isu berkenaan.

"Kita biarkan dahulu badan tersebut menjalankan siasatan dan melengkapkan tugas mereka.

"Bila ianya selesai, mereka akan mengeluarkan kenyataan berhubung keseluruhan isu ini. Sebelum itu, lebih baik jangan menimbulkan sebarang spekulasi," katanya pada Selasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain