suria

77 Kereta Musnah Kebakaran Bengkel Di Selayang

KUALA LUMPUR: Sebanyak 77 kereta musnah manakala 25 berjaya diselamatkan dalam kebakaran sebuah bengkel di Batu 8, Selayang, dekat sini malam Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul berkata dalam kejadian pada kira-kira 8 malam yang melibatkan empat unit kedai termasuk bengkel berkenaan, pihaknya menerima panggilan pada 8.08 dan tiba lima minit kemudian.

"Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira sejam kemudian. Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sebanyak 12 pegawai dan anggota membabitkan dua jentera dari Balai Bomba Selayang dan Gombak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain