suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AMBank Lancar Laman Web Baharu Perbankan Runcit

KUALA LUMPUR: AmBank melancarkan laman web perbankan runcitnya yang terbaharu, AmBank.com.my, yang boleh didapati melalui pelbagai platform, termasuk peralatan mudah alih dan tablet.

Dalam kenyataannya hari ini, AmBank berkata laman web berkenaan mempunyai reka bentuk baharu yang mesra pengguna, bagi pelanggan mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan dan produk syarikat.

Menurut kenyataan itu, lawan web tersebut, yang pertama bagi perbankan runcit AmBank, bermatlamat untuk menggalakkan pelanggan melayarinya dengan mudah untuk mendapatkan maklumat dalam kandungan yang disediakan.

Pengarah Urusan bagi Perbankan Runcit Paul Lewis berkata platform yang memberi tumpuan kepada pelanggan itu akan mempunyai ciri-ciri yang lebih menarik pada masa depan.

Semua maklumat korporat dan lain-lain masih boleh didapati melalui laman web Kumpulan AmBank sedia ada iaitu ambankgroup.com. BERNAMA

Artikel Lain