suria

Khazanah Nasional Umum Perubahan Pengurusan Kanan

KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan negara Khazanah Nasional Bhd hari ini mengumumkan perubahan dalam pasukan pengurusan kanannya.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata Datuk Ganen Sarvananthan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pelaburannya akan meninggalkan syarikat susulan berakhirnya kontrak beliau sekarang kemudiannya pada tahun ini.

Ganen akan berhenti pada 30 April, 2014, untuk menyertai firma pelaburan TPG Capital sebagai Rakan Kongsi dan Pengarah Urusan dalam perniagaannya di Asia.

Dominic Silva, Pengarah Eksekutif Pelaburan akan menyandang jawatan ketua Pelaburan berkuat kuasa 1 Feb, 2014, kata syarikat itu. Zaida Khalida Shaari, Pengarah Pelaburan akan dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Eksekutif, Pelaburan berkuat kuasa 1 Feb, 2014.

Akhir sekali, Ahmad Zulqarnain Onn akan menyertai Khazanah pada 1 Mei, 2014, sebagai Pengarah Eksekutif Pelaburan. Ketika ini beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin Nasional Bhd.

"Perubahan terbaharu dalam pasukan kepimpinan kanan itu melengkapkan usaha pembinaan institusi yang sedang dilaksanakan, yang kekal sebagai tumpuan utama Khazanah ketika ia memasuki tahun ke-10 program transformasi," kata syarikat itu.

Dengan perubahan-perubahan ini, pasukan kepimpinan kanan Khazanah, yang diketuai Pengarah Urusan Tan Sri Datuk Azman Mokhtar, akan bertambah daripada 15 kepada 16 ahli. BERNAMA

Artikel Lain