suria

Tindakan Tegas Terhadap Pemborong Naik Harga Sesuka Hati - Shahidan

KOTA BELUD: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim meminta agensi berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap pemborong yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan bekalan mereka kepada peruncit.

Beliau berkata ini kerana tindakan sedemikian oleh pemborong yang tidak bertanggungawab merupakan satu daripada punca kenaikan harga barangan, termasuk makanan, di pasaran sehingga membebankan pengguna.

"Ada beberapa barangan yang kenaikan harganya agak mendadak dan tidak diketahui puncanya sehingga dinaikkan sebanyak RM1," katanya kepada pemberita selepas meninjau paras harga di pasar sekitar Tuaran dan Kota Belud Jumaat.

Sehubungan itu, Shahidan berharap semua pemimpin masyarakat, termasuk wakil rakyat, turun padang untuk memantau harga barang.

"Ada orang yang cuba ambil kesempatan. Mereka yang mengambil kesempatan inilah petualang yang tidak boleh diampun. Ada juga peniaga asing yang berniaga dan mengambil kesempatan. Kita akan lihat semua situasi ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain