suria

Petisyen Pilihan Raya Lubok Merbau Ditolak

IPOH: Mahkamah Pilihan Raya sekali lagi menolak petisyen terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Lubok Merbau yang mewakili Barisan Nasional (BN) Datuk Siti Salamah Mat Jusak.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang dikemukakan rosak.

Beliau berkata, fakta yang dikemukan tidak mencukupi untuk menyokong petisyen itu.

"Oleh itu Mahkamah Pilihan Raya tidak mempunyai kuasa untuk meneruskan dengan perbicaraan," katanya.

Beliau kemudian menegaskan responden pertama dan kedua dibayar RM 30,000.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu calon BN Datuk Siti Salmah menewaskan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi.

Artikel Lain