Ungku Aziz Nafi Catatan Berkaitan 'Kangkung' Adalah Tulisannya - Semasa | mStar

Ungku Aziz Nafi Catatan Berkaitan 'Kangkung' Adalah Tulisannya

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada Rabu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliaulah penulis catatan berkaitan 'kangkung' yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ungku Aziz berkata beliau tiada masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.

"Itu merupakan satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu...saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.

"Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam tu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim," katanya kepada Bernama di sini.

Catatan yang tersebar di laman dan media sosial itu memetik tulisan yang didakwa milik tokoh akademik itu susulan penjelasan Najib berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lepas.

Petikan kontroversi yang berlegar di ruang maya itu berbunyi: "Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit."

Mengulas lanjut, Ungku Aziz berkata dakwaan yang mengatakan petikan itu merupakan hasil tulisannya juga boleh dipertikai kerana setelah sekian lama terlibat dalam dunia penulisan, beliau lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi.

Ditanya kemungkinan beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya, tokoh akademik itu berkata beliau tidak berhasrat berbuat demikian.

"Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku.

"Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain