MIC Kutuk Insiden Serangan Ke Atas Kamalanathan - Palanivel - Semasa | mStar

MIC Kutuk Insiden Serangan Ke Atas Kamalanathan - Palanivel

KUALA LUMPUR: MIC mengutuk keras tindakan seorang lelaki menyerang Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan, yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, Ahad lepas.

Presidennya Datuk Seri G. Palanivel berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tiada menteri atau timbalan menteri ditumbuk dalam sejarah negara ini.

"Saya sudah bercakap dengan Kamalanathan mengenai perkara ini. Ia tidak seharusnya berlaku dan saya tidak tahu kenapa ianya terjadi. Mungkin Kamalanathan bersetuju dengan permintaan lelaki itu untuk seorang guru ditukarkan.

"Bagaimanapun, saya akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (Rabu) dan membincangkan insiden ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan 'Pongal' di Little India, Brickfields, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden seorang lelaki menumbuk Ahli Parlimen Hulu Selangor itu di pejabat pusat khidmat ahli parlimen itu di Bukit Beruntung, Rawang, Ahad lepas.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata ahli MIC telah membuat beberapa laporan polis berhubung kejadian itu dan berharap polis akan mengambil tindakan terhadap lelaki itu.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam pula meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.

"Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota pentadbiran, kita tidak boleh sentiasa menunaikan semua permintaan orang ramai. Jika kita membiarkan sebarang bentuk ugutan menjejaskan tugas kita, maka ini akan mendorong kepada wujudnya sebuah masyarakat yang tidak menghormati undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam perkembangan lain, Palanivel berkata sempena Thaipusam, Jumaat ini, MIC akan mengedarkan 50,000 bungkusan air minuman dan snek kepada penganut Hindu di luar perkarangan ibu pejabat MIC di sini pada awal pagi Khamis ini.

"Perarakan kereta berhala dari kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee ke Batu Caves akan bermula pukul 12 tengah malam dan dijangka melalui depan ibu pejabat MIC antara pukul 2 dan 4 pagi pada hari tersebut," katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain