suria

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Bersubsidi Di Sandakan

KUALA LUMPUR: Polis Marin Wilayah 4 Sabah merampas 72 tong minyak diesel dan petrol yang cuba diseludup ke luar negara dalam pemeriksaan di sebuah jeti Pasar Besar Sandakan, Sabah dekat sini Khamis.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata daripada jumlah itu sebanyak 27 tong adalah minyak diesel dan 45 tong lagi minyak petrol.

"Hasil rampasan dalam Op Paradise itu dianggar bernilai RM4,455," katanya dalam kenyataan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jumaat.

Beliau berkata kesemua hasil rampasan itu diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Artikel Lain