suria

Jalan Mahameru Dibuka Dua Lorong Pagi Rabu - Polis

KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga lorong Jalan Mahameru dari arah Parlimen ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang ditutup semalam ekoran runtuhan tebing, dibuka kepada lalu lintas pagi Rabu.

Menurut jurucakap polis trafik, ekoran daripada pembukaan lorong-lorong itu, keadaan lalu lintas di kawasan berkenaan berjalan lancar.

Pada Selasa, tebing bukit di tepi jalan itu runtuh pada kira-kira pukul 5.20 petang berikutan hujan lebat.

Runtuhan seluas 10x10 meter persegi itu telah menutupi jalan berkenaan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang lebih 10 kilometer. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain