suria

Dera Anak Angkat Sampai Mati, Pemungut Sampah Dihukum Gantung

JOHOR BAHRU: Seorang pemungut sampah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini di atas kematian anak angkatnya.

Abdul Aziz Abdullah didapati bersalah kerana mendera dan menyebabkan kematian Nur Jalilah Abdullah, berusia 12 tahun di rumah mereka di Jalan Desa Mutiara 7 di Taman Desa Mutiara, di sini, pada 25 April 2012, kira-kira pukul 1 tengah hari.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman berkata pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah.

Beliau menambah apa yang tertuduh lakukan terhadap anak angkatnya perempuannya itu adalah tidak berperikemanusiaan dan menyifatkan kematian mangsa sebagai tragis.

"Pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

"Mahkamah Tinggi mendapati Abdul Aziz bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori," katanya, Selasa.

Artikel Lain