suria

Pelajar 'Punk' Serang Guru Ditahan

Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah yang terbabit dalam kejadian mencederakan seorang guru lelaki dengan menggunakan kerambit dibawa oleh polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majestret Kangar, Perlis pada Jumaat. - fotoBERNAMA

KANGAR: Polis menahan seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis dekat sini kerana didakwa mencederakan seorang guru lelaki dengan kerambit pada hari pertama persekolahan, Khamis.

Kejadian dipercayai berlaku selepas pelajar lelaki itu ditegur oleh guru berkenaan kerana menggayakan rambut ala 'punk.'

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, suspek lelaki berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi Jumaat di rumahnya di Kuala Perlis dekat sini.

Ismail berkata, guru tersebut mengalami kecederaan di bawah mata kanannya dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis.

"Kami telah mendapat perintah reman untuk menahan pelajar tersebut sehingga Isnin depan," katanya.

Sementara itu, guru yang terlibat dengan insiden itu enggan memberikan sebarang komen dan memberitahu pemberita bahawa dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain