suria

Kanak-Kanak Koma Terjatuh Dari Roda Berpusing Di Pesta Sungai Nibong

Permainan roda berpusing masih beroperasi di Pesta Sungai Nibong.
Permainan roda berpusing masih beroperasi di Pesta Sungai Nibong.
Permainan roda berpusing masih beroperasi di Pesta Sungai Nibong.

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun koma selepas terjatuh dari permainan roda berpusing di Pesta Sungai Nibong, di sini malam Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata mangsa, Mohamad Khairul Naimme Abu Kassim terjatuh dari permainan berkenaan pada pukul 12.50 tengah malam.

"Kita terima laporan daripada bapa mangsa yang juga peniaga di tapak pesta itu pada pukul 4.15 pagi dan telah mengarahkan operasi permainan berkenaan dihentikan serta-merta sehingga siasatan selesai," katanya ketika dihubungi, di sini Ahad.

Beliau berkata kanak-kanak berkenaan dipercayai mengalami kecederaan dalaman dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. - BERNAMA

Artikel Lain