suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Bahagian Di Sarawak Dilanda Banjir

KUCHING: Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir pada Ahad.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri semasa dihubungi hari ini berkata beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter. Menurutnya dua buah keluarga juga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Marudi, sebuah bandar di pedalaman di Miri. Di bandar Bintulu pula, tujuh kawasan perumahan dinaiki air sehingga 0.5 meter namun jumlah penduduk yang terjejas dan perlu dipindahkan masih belum dapat dipastikan.

Lima buah penempatan yang terjejas di Sri Aman termasuk Rumah Panjang Lancaster King (lapan keluarga), Rumah Panjang Bujau (lapan keluarga), Rumah Ujang (tujuh keluarga), Kampung Sekait (lima keluarga) dan Kampung Melayu Baru (14 keluarga).

Satu-satunya penempatan di Betong yang dilaporkan dinaiki air ialah Kampung Lalang, Meludam; namun jumlah mangsa yang terjejas masih belum dapat dipastikan.-BERNAMA

Artikel Lain