suria

SPAD Mahu GPS Dilengkapi Pada Semua Bas

Syed Hamid.
Syed Hamid.
Syed Hamid.

KUANTAN: Semua bas di seluruh negara akan dilengkapi dengan Sistem Kedudukan Global (GPS) tidak lama lagi bagi menangani masalah pemandu yang memandu laju.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pada masa ini hanya beberapa syarikat bas seperti Rapid Bus Sdn Bhd telah memasang GPS untuk memantau pemandu mereka.

"Kami memerlukan kerjasama dan kesediaan di pihak semua syarikat bas untuk memasang GPS pada bas mereka.

"Ini akan dihubungkan dan disepadukan ke pusat kawalan kita supaya pemandu yang ingkar dengan melanggar undang-undang lalu lintas boleh dipantau dan tindakan akan diambil," katanya selepas melawat Terminal Sentral Kuantan di sini, Jumaat.

Mengenai isu tambang bas sekolah, beliau berkata, ramai pengusaha telah menaikkan tambangnya tanpa mengikut mekanisme harga yang ditetapkan.

"Kami akan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan supaya adanya paras harga atau kadar minimum supaya ianya berlaku adil kepada semua pihak.

"Ibu bapa dan pengusaha bas sekolah perlu mengadakan rundingan mengenai terma dan syarat sebelum perkhidmatan bas dilakukan," katanya.

Artikel Lain