suria

Anggota Polis Tampar Dua Warga Asing Diarah Jalani Sesi Kaunseling

GEORGE TOWN: Anggota polis yang menampar dua warga asing yang mana aksinya itu dirakamkan menerusi kamera diarah menjalani sesi kaunseling dan latihan pengurusan kemarahan, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Komisioner Datuk A. Thaiveegan.

Beliau berkata anggota polis yang berpangkat konstabel itu telah digantung tugas sementara, dan kesnya masih disiasat oleh jabatan disiplin kontinjen polis negeri.

"Tindakan disiplin akan diambil terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Amanita bersama NGO dan Persatuan Wanita di Pulau Pinang yang diadakan di dewan bankuet, Sunshine Square di Bayan Baru pada Khamis.

Klip video berdurasi 65 saat itu memaparkan aksi seorang anggota polis menampar muka dua warga asing dengan kasar dan rakaman video berkenaan kemudiannya tersebar dengan meluas di Facebook dan YouTube.

Sementara itu, Thaiveegan berkata kes jenayah melibatkan mangsa wanita di Pulau Pinang turun sebanyak 14.8 % pada tahun lalu.

Beliau berkata indeks jenayah keseluruhan di negeri itu turut sebanyak 4.7 % dalam tempoh enam bulan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

171 Pati Ditahan di Tawau

Artikel Lain