suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

19 Pati Ditahan Di Perairan Felda Sahabat

SANDAKAN: Sebanyak 19 pendatang tanpa izin dari Filipina ditahan ketika cuba memasuki negara ini di kawasan perairan Felda Sahabat, di Lahad Datu pada Rabu.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata mereka terdiri daripada tujuh lelaki dan empat wanita dewasa serta lapan kanak-kanak yang ditahan ketika menaiki sebuah jongkong pada pukul 8.45 malam.

Katanya mereka ditahan menerusi pelaksanaan Ops Gasak melibatkan semua agensi keselamatan dan diselaraskan oleh Esscom sejak 1 Disember lepas.

Menurutnya siasatan lanjut mendapati, pendatang berkenaan dalam perjalanan menuju ke Sinakut di Zon Labian, di Felda Sahabat.

"Tangkapan ini dilakukan hasil maklumat orang ramai disusuli tindakan segera polis Marin menahan pendatang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Penyediaan Prosedur Standard Operasi Keselamatan Industri Pelancongan di Pantai Timur Sabah di sini Khamis.

Beliau berkata kesemua pendatang itu dibawa ke Markas Pasukan Gerakan Am di Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Mohammad berkata Ops Gasak dilancarkan bagi meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone). - BERNAMA

Artikel Lain