Abu Zahar Terima Kunjungan Hormat Perwakilan UNDP - Semasa | mStar

Abu Zahar Terima Kunjungan Hormat Perwakilan UNDP

Abu Zahar menerima kunjungan hormat Wakil Residen Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP), Michelle Gyles-McDonnough di pejabatnya di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada Khamis.- fotoBERNAMA
Abu Zahar menerima kunjungan hormat Wakil Residen Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP), Michelle Gyles-McDonnough di pejabatnya di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada Khamis.- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Khamis menerima kunjungan hormat Wakil Residen Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP) bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Michelle Gyles-McDonnough di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini.

Abu Zahar berkata dalam pertemuan hampir sejam itu, mereka membincangkan beberapa perkara termasuk peranan yang dimainkan oleh Malaysia sebagai negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Katanya Gyles-McDonnough yang baru enam bulan berada di Malaysia turut memuji pembangunan serta keharmonian yang dikecapi oleh rakyat negara ini.

"Beliau ingin tahu lebih dekat bagaimana Malaysia memainkan peranan dari segi pembangunan mengikut konvensyen dan kehendak PBB.

"Gyles-McDonnough juga kagum melihat rakyat pelbagai kaum di negara ini hidup aman damai malah gembira kerana itulah harapan PBB yang ingin melihat negara-negara di dunia aman damai," katanya kepada pemberita selepas lawatan itu.

Wanita kelahiran Jamaica itu dilantik memegang jawatan tersebut oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon pada Jun lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

19 Pati Ditahan Di Perairan Felda Sahabat

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Manchester United pecat Mourinho!