suria

Mohd Amar Diumum Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan

Mohd Amar.
Mohd Amar.
Mohd Amar.

KOTA BHARU: Pesuruhjaya PAS Kelantan yang baharu Datuk Ahmad Yakob pada Ahad mengumumkan tiga timbalan pesuruhjaya dan barisan anggota jawatankuasa badan perhubungan PAS negeri.

Dalam entri terbaru laman sosial Facebook rasmi Menteri Besar Kelantan itu, beliau memaklumkan mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS Kelantan yang berlangsung hari ini memutuskan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1.

Bekas Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS) yang juga Anggota Dewan Negara Senator Datuk Dr Johari Mat dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya II manakala Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa sebagai Timbalan Pesuruhjaya III.

Sebelum ini, Husam yang merupakan bekas exco kanan adalah Timbalan Pesuruhjaya II, manakala Ahmad dan Mohd Amar masing-masing adalah Timbalan Pesuruhjaya I dan III.

Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat dikekalkan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, manakala anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan menggantikan Wan Nik Wan Yusoof.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasaruddin Daud pula dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Kelantan yang baharu, menggantikan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri.

Media bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan mesyuarat itu yang berlangsung di Bangunan PAS Negeri di sini.

Keputusan mesyuarat itu hanya diumumkan di laman sosial rasmi Menteri Besar itu dan HarakahDaily. - BERNAMA

Artikel Berikut

47 Ditahan Dalam Ops Tiong

Artikel Lain